Friday, November 19, 2010

Laporan Penjualan Borang Pencalonan & Hari Pencalonan

Pada 12,13 dan 14 November 2010 yang lalu Jawatankuasa Pemilihan Cawangan (JPC) Mansurah 2010 telah melancarkan penjualan borang pencalonan sempena dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sesi 2010/2011 berpusat di Beit Pendekar bagi ikhwah dan Teratak Mahabbah bagi akhawat. Penjualan borang telah berlangsung seperti berikut:


12 November 2010 ( Jumaat) : 8.00 pagi - 10.00 pagi,2.00 petang - 8.00 malam

13 November 2010 (Sabtu) : 12.00 tengah hari - 8.00 malam

14 November 2010 (Ahad) : 12 tengah hari - 8.00 malam

Jumlah penjualan borang Pengerusi adalah sebanyak 2 keping manakala borang Timbalan Pengerusi 2 terjual sebanyak 3 keping.Borang Ahli Jawatankuasa Lelaki pula terjual sebanyak 13 keping manakala borang Ahli Jawatankuasa Perempuan terjual sebanyak 15 keping.

Hari Pencalonan atau dikenali juga sebagai hari serahan borang pencalonan telah berlangsung dengan jayanya pada 15 November 2010 bertempat di Darul Rahmah.Kaunter penghantaran borang pencalonan mula dibuka pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 8.00 malam.Semua borang calon Pengerusi telah dihantar tetapi hanya 2 daripada 3 keping borang pencalonan dihantar bagi borang Timbalan Pengerusi 2.Borang calon Ahli Jawatankuasa Lelaki yang telah dihantar adalah sebanyak 9 keping daripada 13 keping manakala borang calon Ahli Jawatankuasa Perempuan yang dihantar pula adalah sebanyak 11 keping daripada 15 keping.

Hari pencalonan berjalan dengan baik dan lancar memandangkan semua calon, pencadang dan penyokong telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses penghantaran borang pencalonan berlangsung .

No comments:

Post a Comment