Monday, November 29, 2010

Laporan Hari Pembuangan Undi 2010

Hari Pembuangan Undi telah diadakan pada 26 November 2010 yang lalu bertempat di dewan PCM.Kaunter pembuangan undi mula dibuka seawal pukul 8.00 pagi.Kaunter pembuangan undi bagi pihak ikhwah ditutup pada pukul 10.00 pagi untuk memberi laluan kepada solat Jumaat dan dibuka semula pada pukul 2.00 petang.Kaunter akhawat ditutup pada pukul 4.00 petang manakala kaunter ikhwah ditutup pada pukul 8.00 malam.

Hari Pembuangan undi berjalan lancar walaupun ada kalanya sesak dengan kedatangan para pengundi yang tidak putus-putus.Dewan bahagian ikhwah dan akhawat masing-masing dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tempat menunggu,kaunter pendaftaran dan tempat mengundi demi memastikan proses membuang undi yang lebih teratur dan tersusun.

Secara kesuluruhannya, sambutan Hari Pembuangan Undi pada tahun ini sangat menggalakkan dari seluruh komuniti Mansurah.Hal ini boleh dilihat berdasarkan peratusan keluar mengundi iaitu sebanyak 59.80% dari seluruh pelajar Mansurah yang berdaftar dibawah Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Pegawai-pegawai JPC diarahkan berkumpul semula pada pukul 8.30 malam untuk memulakan proses pengiraan undi.Proses pengiraan undi mengambil masa yang agak panjang sehingga Majlis Pengisytiharan Keputusan terpaksa ditangguhkan sehingga sekitar pukul 1.00 pagi.Walaubagaimanapun keadaan tetap tenang dengan kerjasama yang diberikan oleh penyokong-penyokong yang setia menunggu sehingga selesai pengiraan undi.

Seusai pengiraan undi,Majlis Pengisytiharan Keputusan Pemilihan Rasmi PCM sesi 2010/2011 dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah JPC 2010 ,Saudara Ahmad Mu’az bin Kamalul Sahar. Pengisytiharan dimulakan dengan keputusan pemilihan kerusi ahli jawatankuasa perempuan,ahli jawatankuasa lelaki dan diikuti dengan pemenang kerusi Timbalan Pengerusi ll dan pemenang kerusi Pengerusi PCM 2010/2011.Majlis disudahi dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment