Sunday, November 21, 2010

Laporan Hari Pengenalan Calon 2010

Hari Pengenalan Calon telah diadakan dengan meriahnya pada 19 November 2010 bertempat di dewan PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) yang serba indah.Program ini sangat penting bagi seluruh komuniti Mansurah yang cakna dalam menentukan bakal kepimpinan PCM pada sesi akan datang.

Hari Pengenalan Calon bagi pihak akhawat diadakan pada pukul 3.00 petang.Setelah para calon hadir,majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Cawangan(JPC) Mansurah 2010,Saudara Ahmad Mu’az b. Kamalul Sahar.Kemudian,ucapan yang dinanti-nantikan daripada kedua-dua calon Pengerusi iaitu Saudara Mohd Ashraf b. Shabadin dan Saudara Ahmad Azizi b. Md Jusoh.Kedua-dua calon telah mengutarakan manifesto dan hujah-hujah bernas masing-masing.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan calon Timbalan Pengerusi II iaitu Saudari Qatrunnada bt. Mohamad Farid dan Saudari Nurul Hafiza bt. Mohd Azmi.Saudari Qatrunnada dan Saudari Nurul Hafiza tampil dengan gaya ucapan yang tersendiri dan penuh keyakinan di hadapan para pendengar.Seterusnya giliran calon-calon Ahli Jawatankuasa Perempuan memulakan ucapan masing-masing yang penuh sarat dengan idea untuk memperkasakan PCM.Majlis pengenalan calon akhwat berakhir pada waktu Maghrib.

Manakala pada sebelah malam pula, telah diadakan Hari Pengenalan Calon bagi pihak ikhwah pula yang bermula pada pukul 8.30 malam. Berbeza sedikit daripada sebelah akhawat apabila majlis dimulakan dengan ucapan calon timbalan pengerusi II dahulu sebelum diikuti ucapan calon pengerusi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan calon-calon Ahli Jawatankuasa Lelaki seramai 9 orang semuanya. Setiap ucapan yang diberikan oleh para calon telah disambut dengan tepukan gemurah oleh para hadirin. Setiap calon diberikan masa 5 minit seorang untuk menerangkan nama, asal, tahun pengajian, manifesto, kelebihan diri dan pengalaman dalam PCM dan kepimpinan.

Usai pengenalan diri berserta dengan penerangan manifesto, para hadirin diberikan peluang untuk menanyakan soalan kepada calon. Calon telah diberikan pelbagai soalan untuk dijawab terutama berkaitan dengan perubahan yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa PCM dan motivasi untuk menjadi calon.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada para pengundi.Dengan kehadiran para pengundi pada Hari Pengenalan Calon, maka telah memeriahkan lagi majlis serta mewujudkan semangat ingin mengenali dengan lebih dekat calon kepimpinan PCM sebelum hari pembuangan undi.

No comments:

Post a Comment