Tuesday, November 30, 2010

Pasca Pemilihan PCM 2010/2011 [Video]



Komen Pengerusi PCM 2009/2010 - Muhammad Ikram Ishak selepas pengisytiharan keputusan pemilihan PCM sesi 2010/2011


Pemenang kerusi pengerusi PCM 2010/2011 - Ahmad Azizi Md Jusoh selepas pengisytiharan keputusan pemilihan PCM sesi 2010/2011


Pemenang kerusi timbalan pengerusi II PCM 2010/2011 - Qatrunnada Mohamad Farid selepas pengisytiharan keputusan pemilihan PCM sesi 2010/2011

Monday, November 29, 2010

Statistik Hari Pembuangan Undi 2010

JUMLAH PENGUNDI BERDAFTAR = 811

JUMLAH KELUAR MENGUNDI = 485
PERATUS KELUAR MENGUNDI = 59.80%

BILANGAN UNDI DITERIMA = 483
PERATUS UNDI DITERIMA = 99.59%

BILANGAN UNDI ROSAK = 2
PERATUS UNDI ROSAK = 0.41%


(Kertas Undi A)
PENGARAH JPC MANSURAH 2010

Laporan Hari Pembuangan Undi 2010

Hari Pembuangan Undi telah diadakan pada 26 November 2010 yang lalu bertempat di dewan PCM.Kaunter pembuangan undi mula dibuka seawal pukul 8.00 pagi.Kaunter pembuangan undi bagi pihak ikhwah ditutup pada pukul 10.00 pagi untuk memberi laluan kepada solat Jumaat dan dibuka semula pada pukul 2.00 petang.Kaunter akhawat ditutup pada pukul 4.00 petang manakala kaunter ikhwah ditutup pada pukul 8.00 malam.

Hari Pembuangan undi berjalan lancar walaupun ada kalanya sesak dengan kedatangan para pengundi yang tidak putus-putus.Dewan bahagian ikhwah dan akhawat masing-masing dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tempat menunggu,kaunter pendaftaran dan tempat mengundi demi memastikan proses membuang undi yang lebih teratur dan tersusun.

Secara kesuluruhannya, sambutan Hari Pembuangan Undi pada tahun ini sangat menggalakkan dari seluruh komuniti Mansurah.Hal ini boleh dilihat berdasarkan peratusan keluar mengundi iaitu sebanyak 59.80% dari seluruh pelajar Mansurah yang berdaftar dibawah Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Pegawai-pegawai JPC diarahkan berkumpul semula pada pukul 8.30 malam untuk memulakan proses pengiraan undi.Proses pengiraan undi mengambil masa yang agak panjang sehingga Majlis Pengisytiharan Keputusan terpaksa ditangguhkan sehingga sekitar pukul 1.00 pagi.Walaubagaimanapun keadaan tetap tenang dengan kerjasama yang diberikan oleh penyokong-penyokong yang setia menunggu sehingga selesai pengiraan undi.

Seusai pengiraan undi,Majlis Pengisytiharan Keputusan Pemilihan Rasmi PCM sesi 2010/2011 dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah JPC 2010 ,Saudara Ahmad Mu’az bin Kamalul Sahar. Pengisytiharan dimulakan dengan keputusan pemilihan kerusi ahli jawatankuasa perempuan,ahli jawatankuasa lelaki dan diikuti dengan pemenang kerusi Timbalan Pengerusi ll dan pemenang kerusi Pengerusi PCM 2010/2011.Majlis disudahi dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Saturday, November 27, 2010

Keputusan Rasmi Pemilihan PCM 2010/2011


Klik gambar untuk paparan yang jelas


Klik gambar untuk paparan yang jelas


Klik gambar untuk paparan yang jelas


Klik gambar untuk paparan yang jelas

1. Pihak JPC Mansurah 2010 memohon maaf atas kelewatan dalam mengeluarkan
keputusan Rasmi Pemilihan PERUBATAN Cawangan Mansurah Sesi 2010/2011.
2. Statistik hari pembuangan undi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
3. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Friday, November 26, 2010

Pengisytiharan Keputusan Rasmi


Klik gambar untuk paparan yang jelas

PERHATIAN !!!

- InsyaAllah, keputusan rasmi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan PERUBATAN Cawangan Mansurah Sesi 2010/2011 akan terus diumumkan selepas selesai pengiraan kertas undi dan dijangka diumumkan pada pukul 11.00 malam (26/11/2010) seperti yang tercatat dalam iklan di atas.

- Semua dijemput hadir untuk mengetahui keputusan rasmi.

HARAP MAKLUM

* Tertakluk pada perubahan

Thursday, November 25, 2010

Carta Alir Hari Pembuangan Undi 2010


Klik gambar untuk paparan yang jelas

- Pastikan anda membaca dengan teliti carta alir hari pembuangan undi 2010.
- Semak daftar pemilih sebelum anda ke tempat pembuangan undi esok (26/11/2010) dengan klik sini

Wednesday, November 24, 2010

Hari Pembuangan Undi 2010


Klik gambar untuk paparan yang jelas

PERHATIAN !!!
Kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah,
Semua fakulti (Perubatan, Pergigian & Farmasi) akan membuang undi pada satu tarikh yang sama iaitu 26 November 2010.

HARAP MAKLUM