Tuesday, December 1, 2009

CARTA ALIRAN (FLOW) PEMBUANGAN UNDI

CARTA ALIRAN(FLOW) PEMBUANGAN UNDI.

Sedia maklum bahawa pembuangan undi akan berlangsung seperti berikut;

tempat-Rumah Bujang Senang
waktu -8.00 pagi- 5 petang
tarikh -2 DISEMBER 2009
hari -Rabu

Terdapat 3 kawasan utama di dalam bujang senang. 3 bagi lelaki dan 3 bagi perempuan.tempat-tempat berikut ialah;

-kaunter pendaftaran

-bilik menunggu

-bilik pembuangan undi


Jika tidak pasti atau tidak mengetahui aliran(flow) pembuangan undi,sila rujuk dan mengikut langkah-langkah dibawah.


1-Sila semak nama dan mendaftar untuk mengundi di kaunter pendaftaran.
2-jika keadaan ramai pengundi yang sedang mendaftar,diminta agar para pengundi yang sedang menunggu untuk berehat di bilik menunggu yang disediakan
3-AJK JPC akan membantu dan memanggil pengundi yang sedang menunggu untuk mendaftar bagi mengelakkan kesesakan.
4-Selepas mendaftar,pengundi akan diberi borang pembuangan undi dan diminta untuk pergi ke bilik pembuangan undi.
5-Pengundi akan mengisi borang di meja yang disediakan dibantu oleh AJK JPC jika memerlukan,
6-Pengundi boleh merujuk gambar dan nama yang tertera dihadapan meja pengundian, secara langsung memilih calon-calon pilihan pengundi.
7-Setelah selesai,pengundi membuang undi di kotak yang disediakan.
8-Selesai pembuangan undi


PERHATIAN


-Sila teliti cara,ETIKA dan MEMATUHI panduan mengisi borang yang tertera di bahagian atas kertas,sebarang kesilapan adalah tertakluk kepada kepekaan pengundi mengisi borang.
-Diharap agar pengundi peka terhadap MASA dan mengambil kira faktor bilangan pengundi yang akan mengundi
-Diminta agar pengundi dapat meringkaskan dan mempercepat proses pembuangan undi

No comments:

Post a Comment