Friday, December 4, 2009

STATISTIK HARI PENGUNDIAN

JUMLAH PENGUNDI BERDAFTAR = 555 (L=160,P=395)

JUMLAH KELUAR MENGUNDI = 303 (L=126,P=177)
PERATUS KELUAR MENGUNDI = 54.59%

BILANGAN UNDI DITERIMA = 270 (L=114,P=156)
PERATUS UNDI DITERIMA = 89.11%

BILANGAN UNDI ROSAK = 33
PERATUS UNDI ROSAK = 10.89%

PENGARAH JPC MANSURAH 2009

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH SESI 2009/2010

CALON KERUSI PENGERUSI

1. MUHAMAD HANIF BIN MAHAMUD = 36 (13.33%)
2. MUHAMMAD IKRAM BIN ISHAK = 234 (86.67%)

KERUSI PENGERUSI DIMENANGI OLEH MUHAMMAD IKRAM BIN ISHAK

CALON KERUSI TIMBALAN PENGERUSI II

1. NUR LIYANA BINTI CHE ALI = 83 (30.74%)
2. SYAMILAH BINTI MOHAMAD = 187 (69.26%)

KERUSI TIMBALAN PENGERUSI DIMENANGI OLEH SYAMILAH BINTI MOHAMAD

CALON KERUSI AJK LELAKI

1. AHMAD AZIZI BIN MD JUSOH = 108
2. AHMAD BAIHAQI B SAHARUN = 60
3. KHAIRUNNA'IM BIN HANIFUDDIN = 94
4. MOHAMMAD RAFIQ B. ABDUL HIR = 101

5. MOHD ADLI JIHAD B MOHD BUSTAMIN = 35
6. MOHD IZZUL AKMAL BIN IBRAHIM = 69
7. MUHAMAD AKRAM BIN AMIRU'D-DIN = 62
8. MUHAMAD MU'AZ BIN MUSTAPA = 102
9. MUHAMMAD ABU UBAIDAH B MUSTAPA KAMAL = 81

10. W MD SYAZANI AL FARUKI = 87


KERUSI AJK LELAKI DIMENANGI OLEH NAMA CALON YANG DIMERAHKAN

CALON KERUSI AJK PEREMPUAN

1. AZIMAH BINTI ZAHARI = 118
2. FAUZANA ZAHRA BT JOHARI = 97

3. IMAN BT NOR GHANI = 70
4. KHADIJAH BINTI ABDUL AZIZ = 49
5. MUFIDAH BT BUNYAMIN = 59
6. NOR RADZIAH BINTI MOHD SALLEH = 117
7. NURUL ‘ADILAH BINTI SHUHARDI = 82
8. NURUL HAFIZA BINTI MOHD AZMI = 106
9. SITI FATIMAH BT MAROSADEE PATAEPANNANG = 100
10. SYAIDATUL SYAKILA BT AINI = 138


KERUSI AJK PEREMPUAN DIMENANGI OLEH NAMA CALON YANG DIMERAHKAN

Thursday, December 3, 2009

Undian PUSAT ( Kaherah)



Berikut adalah senarai nama perwakilan Kaherah :

IKHWAH

ABDUL FATTAH BIN HAMZAH
ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD SHUKOR
AHMAD AZIZI BIN MD JUSOH
AHMAD MU’AZ BIN KAMALUL SAHAR
AMMAR BIN ABDUL KHALIL
IBRAHIM BIN ZULEFFENDI
MOHAMED HIZAMUDIN BIN MOHAMED NOR
MOHAMED NASARUDEEN BIN ABDUL HAMED
MOHAMMAD IMRAN BIN JAAMAF
MOHD ABU BAKAR BIN ABD KARIM
MOHD ADLI JIHAD BIN MOHD BUSTAMIN
MOHD IZZUL AKMAL BIN IBRAHIM
MOHD ZAIM BIN ABDUL AZIZ
MUHAMAD ARIF BIN MAMAT NOOR
MUHAMMAD ABU UBAIDAH
MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD SOFIAN
MUHAMMAD FAKHRURAZI BIN MUHAMMAD IDRIS
MUHAMMAD FARHAN BIN MUHAMMAD AZHAR
MUHAMMAD HAIRIEZAL BIN SHARI
MUHAMMAD HANIF BIN MAHAMUD
MUHAMMAD IKRAM BIN ISHAK
MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
MUHAMMAD IZZAT BIN MD KAMAL
MUHAMMAD NABIL BIN ABDULLAH
MUHAMMAD NADHIR BIN AZIZ
MUHAMMAR AMIN BIN ABD YASIN
MUJAHID SABRI BIN MOHD
TENGKU MUHAMMAD ANIQ AZWAR
TUAN MAS ‘AIN BIN TUAN MOHD AZMI
W. MOHD SAFWAN BIN WAN SALLEH



AKHAWAT

A’FIFAH BINTI ZAHARI
AMALINA BINTI YUSOF @ ABDULLAH SAARI
AMANI BINTI TAHARN
AZIMAH BINTI ZAHARI
FATIMAH BINTI MOHD SOOFIE
HUSNA BINTI ABDUL MANAF
MAIMUNA ZAHRA BINTI MOHD FADZIL
MANAL BINTI ISMAIL
MAS AMIRA BINTI ABD GHANI
MIRIAM BINTI AZIZI
MUFIDAH BINTI BUNYAMIN
NIK NURFARIHA BINTI MOHAMED ZALAMI
NOR RADZIAH BINTI MOHD SALLEH
NUR LIYANA BINTI CHE ALI
NURUL ‘ADILAH BINTI SHUHARDI
NURUL ‘IZZATI BINTI ABDULLAH ZAYAWI
NURUL AFIFAH BINTI ALIAS
NURUL NADIRAH BINTI RAMLI
NURUSSOFAA BINTI ABDUL MAJID
QATRUNNADA BINTI MOHAMAD FARID
SITI FATIMAH BINTI MAROSADEE
SITI NOR AISHAH BINTI SAMAUN
SITI NUR ‘AIN SAHLEHA ZAHARUDDIN
SITI NURSHUHADAH BINTI SEDANA OMAR
SITI UMAIRAH BINTI MISNAN
SURIANI BINTI ISMAIL
SYAIDATUL SYAKILA BINTI AINI
SYAMILAH BINTI MOHAMAD
WAN AIMI RASYIDAH BINTI WAN MOKHTAR
WAN IRHAM BINTI WAM MUHAMAD

Kenyataan Pengarah JPP 2009

Assalamualaikum wbt.

Menemui seluruh ahli Perubatan Cawangan Mansurah yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sama-sama kita tingkatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi, dengan pensyariatan Aidil Adha yang penuh dengan pengajaran dan iktibar dari kita semua. Semoga kita sama-sama dapat menghayatinya dengan sebaik mungkin.

Peralihan tampuk kepimpinan dan kuasa adalah suatu lumrah dalam mana-mana persatuan mahupun organisasi. Yang datang akan pergi, yang hilang akan berganti. Ia adalah suatu proses yang penting dalam memajukan persatuan dan mempereratkan lagi kesatuan dikalangan ahli dan pendokong. Pada tahun ini selaras dengan ketetapan perlembagaan, Jawatankuasa Khas Untuk Pemilihan Jawatankuasa Baru Perubatan (JPP) sekali lagi ditubuhkan untuk mengendalikan peralihan tampuk kepimpinan Perubatan di Kaherah mahupun cawangan-cawangan adalah dapat berjalan dengan telus dan amanah.

Sebagai maklumbalas kepada Petisyen Pencalonan Semula yang telah dikemukakan oleh ahli Perubatan Cawangan Mansurah, kami telah meneliti dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan perjalanan pencalonan tersebut dari JPC Mansurah sendiri. Kami juga telah melawat blog yang memaparkan petisyen tersebut dan cuba untuk memahami dan menghayati tujuan dan matlamat petisyen tersebut dibuat. Secara dasarnya berdasarkan hujah dan respon yang diberi, pencalonan semula untuk pemilihan perubatan cawangan mansurah tidak dapat diadakan. Proses pencalonan atau pengundian semula tidak pernah berlaku dalam sejarah gerak kerja JPP dan JPC Perubatan.

Pada 6 November yang lalu JPP Kaherah bersama JPC cawangan telah bermesyuarat di Tanta untuk menyelaraskan gerak kerja kami pada tahun ini. Setelah semua perkara dasar dan prosedur disepakati maka kami memulakan gerak kerja masing-masing. Tempoh masa yang panjang sehinggalah ke hari pencalonan Mansurah pada 24 November adalah supaya maklumat dan info berkenaan dengan pemilihan tahun ini dapat sampai ke pengetahuan para ahli dengan sebaik mungkin. Pihak JPC telah menyatakan bahawa iklan berkenaan dengan hari pencalonan tersebut telah disiarkan dan diedar sekurangnya 10 hari sebelum hari tersebut. Iklan telah diedarkan dengan pelbagai medium dan cara, samada bercetak mahupun multimedia dan internet. Tempoh 10 hari tersebut juga adalah cukup panjang untuk maklumat tersebut sampai kepada semua ahli dan untuk para ahli mengemukakan apa-apa pertanyaan ataupun menyatakan respon berkenaan hari pencalonan tersebut.

Hujah petisyen bahawa terdapat ahli yang tidak sampai maklumat dan iklan adalah tidak munasabah. Di era internet sekarang blog JPC Mansurah boleh dilawati dengan mudah dan segala info boleh didapati di dalamnya. Para ahli juga pergi ke kuliah setiap hari, maka sepanjang tempoh 10 hari tersebut tentunya akan terdengar dan mendapat info secara tidak langsung dari sahabat handai. Para ahli tentunya boleh mengemukakan aduan terus kepada pihak JPC Mansurah jika menghadapi kesukaran untuk melibatkan diri. Pihak JPP secara dasarnya memang meraikan sebarang kesungguhan dan komitmen para ahli untuk terlibat dalam pemilihan pada tahun ini. Waktu pencalonan dengan mudah boleh dilanjutkan jika ahli terbabit menyatakan kesukaran dan kesulitan mereka agar dapat ditangani oleh JPC Mansurah.

Kami menghargai pihak yang telah membuat petisyen tersebut. Semoga ia dapat membawa kebaikan kepada Perubatan dan semua ahli. Sebagai ahli yang komited dan proaktif dengan Perubatan, mereka hendaklah memaklumkan dan memberi respon segera jika apa jua program atau acara yang dianjurkan oleh Perubatan sukar untuk mereka hadiri dan sertai. Perubatan khususnya JPP dan JPC amatlah menitik beratkan kebersamaan ahli di dalam program yang dianjurkan. Kami sentiasa cuba untuk fleksibel dengan situasi dan kemaslahatan yang dihadapi oleh para ahli. Sebarang perubahan yang boleh memudahkan para ahli tentunya akan dititikberatkan. Namun adalah penting bagi kami agar para ahli mengambil sikap proaktif dan sentiasa cakna dengan perjalanan persatuan pada setiap ketika.

Akhir kata, marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri. Pihak JPP dan JPC sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dan respon dari ahli Perubatan sekalian. Kesatuan dan kebersamaan kita semua di bawah payung Perubatan memang menjadi matlamat kami. Maka kami membuat keputusan akhir bahawa tidak perlu dilakukan pencalonan semula untuk pemilihan jawatankuasa Perubatan Cawangan Mansurah. Semoga kita semua dapat menerimanya dengan tenang dan rasional.

Muhammad Zul Hazmi bin Ahmad Zawawi

Pengarah JPP 2009

STATISTIK DATA PETISYEN PENCALONAN SEMULA

JUMLAH TANDATANGAN

BERDAFTAR DAN BERBAYAR

BERDAFTAR TANPA BAYAR YURAN

TIDAK BERDAFTAR

253

162

24

67

KEPUTUSAN : PETISYEN DITERIMA OLEH PIHAK JPC TETAPI TIDAK DILULUSKAN. SEGALA CADANGAN AKAN DIPERHALUSI UNTUK SESI HADAPAN.

Tuesday, December 1, 2009

CARTA ALIRAN (FLOW) PEMBUANGAN UNDI

CARTA ALIRAN(FLOW) PEMBUANGAN UNDI.

Sedia maklum bahawa pembuangan undi akan berlangsung seperti berikut;

tempat-Rumah Bujang Senang
waktu -8.00 pagi- 5 petang
tarikh -2 DISEMBER 2009
hari -Rabu

Terdapat 3 kawasan utama di dalam bujang senang. 3 bagi lelaki dan 3 bagi perempuan.tempat-tempat berikut ialah;

-kaunter pendaftaran

-bilik menunggu

-bilik pembuangan undi


Jika tidak pasti atau tidak mengetahui aliran(flow) pembuangan undi,sila rujuk dan mengikut langkah-langkah dibawah.


1-Sila semak nama dan mendaftar untuk mengundi di kaunter pendaftaran.
2-jika keadaan ramai pengundi yang sedang mendaftar,diminta agar para pengundi yang sedang menunggu untuk berehat di bilik menunggu yang disediakan
3-AJK JPC akan membantu dan memanggil pengundi yang sedang menunggu untuk mendaftar bagi mengelakkan kesesakan.
4-Selepas mendaftar,pengundi akan diberi borang pembuangan undi dan diminta untuk pergi ke bilik pembuangan undi.
5-Pengundi akan mengisi borang di meja yang disediakan dibantu oleh AJK JPC jika memerlukan,
6-Pengundi boleh merujuk gambar dan nama yang tertera dihadapan meja pengundian, secara langsung memilih calon-calon pilihan pengundi.
7-Setelah selesai,pengundi membuang undi di kotak yang disediakan.
8-Selesai pembuangan undi


PERHATIAN


-Sila teliti cara,ETIKA dan MEMATUHI panduan mengisi borang yang tertera di bahagian atas kertas,sebarang kesilapan adalah tertakluk kepada kepekaan pengundi mengisi borang.
-Diharap agar pengundi peka terhadap MASA dan mengambil kira faktor bilangan pengundi yang akan mengundi
-Diminta agar pengundi dapat meringkaskan dan mempercepat proses pembuangan undi