Pencalon
- Pencalon hendaklah menyemak semula keahlian dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
- Borang pencalonan standardized dan bernombor siri.
- Syarat-syarat pencalonan:
- Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
- Pencalon LELAKI mencalonkan: seorang calon Pengerusi, seorang calon Timb. Pengerusi 2, dan 5 calon AJK lelaki.
- Pencalon PEREMPUAN mencalonkan: seorang calon Pengerusi, seorang calon Timb. Pengerusi 2, dan 5 calon AJK perempuan.
- Pencalonan untuk AJK Perubatan Cawangan dibuka kepada semua ahli di cawangan.
- Pencalonan untuk AJK Perubatan Kaherah dibuka kepada semua ahli Perubatan Kaherah dan perwakilan-perwakilan di cawangan.
- Layak untuk mencalon dan mengundi untuk pemilihan AJK Perubatan Kaherah.
- Jumlah perwakilan setiap cawangan akan ditentukan dalam mesyuarat dengan wakil JPC cawangan.
- Kriteria untuk menjadi perwakilan adalah seperti berikut:
- merupakan ahli yang sentiasa memberi komitmen kepada aktiviti yang dianjurkan oleh Perubatan Cawangan masing-masing.
- dapat melaksanakan amanah mencalon dan mengundi untuk pemilihan AJK Perubatan Kaherah dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Keputusan Pencalonan:
- Dua calon Pengerusi yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
- Dua calon Timb.Pengerusi 2 yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
- 12 calon AJK lelaki yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
- 11 calon AJK perempuan yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
- Calon yang kalah dalam perebutan kerusi pengerusi dan timb pengerusi 2 secara automatik menjadi AJK.
- 10 borang penarikan diri dari bertanding disediakan bagi setiap pencalonan. 5 untuk calon lelaki dan 5 untuk calon perempuan.
Penarikan Diri dari Pencalonan
- Calon hendaklah mendapatkan borang penarikan diri dari Pengarah JPC cawangan masing-masing.
- Calon hendaklah mengisinya dengan lengkap dan mendapatkan sokongan dua orang AJK PERUBATAN Cawangan sesi 08/09.
- Calon lelaki mendapatkan sokongan AJK lelaki dan calon perempuan mendapatkan sokongan AJK perempuan.
- Borang yang telah diisi beserta dengan alasan penarikan diri hendaklah diserahkan kepada Pengarah JPC.
- Kelulusan untuk penarikan diri adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan budi bicara Lembaga Penasihat Perubatan Cawangan masing-masing.
- AJK Perubatan Cawangan bertanggungjawab melaksanakan tapisan awal samada calon tersebut layak dan munasabah untuk menarik diri mahupun tidak.
- Penasihat lelaki akan memutuskan untuk calon lelaki dan penasihat perempuan akan memutuskan untuk calon perempuan.
2. PENGENALAN CALON
- Sesi Pengenalan Calon boleh diadakan melalui 2 cara berikut:
- i. Poster calon bercetak dan Poster calon di alam maya.
- ii. Majlis Pengenalan Calon.
- Calon adalah dilarang untuk melobi dan sebagainya.
- Format poster adalah standard dan bernombor siri di semua peringkat.
--> Calon melaksanakan apa-apa usaha dan ikhtiar untuk mempromosi diri sendiri bersempena dengan proses pencalonan dan pengundian AJK Perubatan Cawangan.
--> Sebarang usaha untuk mempromosi atau memburukkan mana-mana calon yang dibuat secara berkumpulan atau besar-besaran. (membuat web atau blog, membuat ceramah umum, menyebarkan sebarang sebaran berbentuk cetakan atau multimedia etc.)
--> mempromosikan mana-mana calon secara individu adalah dibenarkan tanpa melampaui batas atau keterlaluan.
3. PENGUNDIAN
Pemilih
- Semua ahli Perubatan Tahun Dua ke atas yang telah menyelesaikan yuran tahunan layak untuk mengundi mengikut cawangan masing-masing.
- Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi sebelum membuang undi.
- Pemilih membuang undi di saluran-saluran yang disediakan.
- Kertas pengundian adalah standard dan bernombor siri di semua peringkat.
Pengundian Kaherah
- Hanya perwakilan cawangan layak mengundi untuk AJK Kaherah.
- Semua AJK Perubatan Cawangan 08/09 secara automatik layak untuk menjadi perwakilan dalam pemilihan AJK Perubatan Kaherah.
- Semua pemilih dari Kaherah hendaklah datang mengundi di ARMA pada hari dan masa yang akan ditetapkan.
- Semua perwakilan cawangan mestilah mencalon dan mengundi untuk pemilihan AJK Perubatan Kaherah di tempat yang ditetapkan oleh JPC cawangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment