Assalamualaikum wbt.
Menemui seluruh ahli Perubatan Cawangan Mansurah yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sama-sama kita tingkatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi, dengan pensyariatan Aidil Adha yang penuh dengan pengajaran dan iktibar dari kita semua. Semoga kita sama-sama dapat menghayatinya dengan sebaik mungkin.
Peralihan tampuk kepimpinan dan kuasa adalah suatu lumrah dalam mana-mana persatuan mahupun organisasi. Yang datang akan pergi, yang hilang akan berganti. Ia adalah suatu proses yang penting dalam memajukan persatuan dan mempereratkan lagi kesatuan dikalangan ahli dan pendokong. Pada tahun ini selaras dengan ketetapan perlembagaan, Jawatankuasa Khas Untuk Pemilihan Jawatankuasa Baru Perubatan (JPP) sekali lagi ditubuhkan untuk mengendalikan peralihan tampuk kepimpinan Perubatan di Kaherah mahupun cawangan-cawangan adalah dapat berjalan dengan telus dan amanah.
Sebagai maklumbalas kepada Petisyen Pencalonan Semula yang telah dikemukakan oleh ahli Perubatan Cawangan Mansurah, kami telah meneliti dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan perjalanan pencalonan tersebut dari JPC Mansurah sendiri. Kami juga telah melawat blog yang memaparkan petisyen tersebut dan
Pada 6 November yang lalu JPP Kaherah bersama JPC cawangan telah bermesyuarat di
Hujah petisyen bahawa terdapat ahli yang tidak sampai maklumat dan iklan adalah tidak munasabah. Di era internet sekarang blog JPC Mansurah boleh dilawati dengan mudah dan segala info boleh didapati di dalamnya.
Kami menghargai pihak yang telah membuat petisyen tersebut. Semoga ia dapat membawa kebaikan kepada Perubatan dan semua ahli. Sebagai ahli yang komited dan proaktif dengan Perubatan, mereka hendaklah memaklumkan dan memberi respon segera jika apa jua program atau acara yang dianjurkan oleh Perubatan sukar untuk mereka hadiri dan sertai. Perubatan khususnya JPP dan JPC amatlah menitik beratkan kebersamaan ahli di dalam program yang dianjurkan. Kami sentiasa
Akhir kata, marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri. Pihak JPP dan JPC sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dan respon dari ahli Perubatan sekalian. Kesatuan dan kebersamaan kita semua di bawah payung Perubatan memang menjadi matlamat kami. Maka kami membuat keputusan akhir bahawa tidak perlu dilakukan pencalonan semula untuk pemilihan jawatankuasa Perubatan Cawangan Mansurah. Semoga kita semua dapat menerimanya dengan tenang dan rasional.
Muhammad Zul Hazmi bin Ahmad Zawawi
Pengarah JPP 2009
STATISTIK DATA PETISYEN PENCALONAN SEMULA
JUMLAH TANDATANGAN | BERDAFTAR DAN BERBAYAR | BERDAFTAR TANPA BAYAR YURAN | TIDAK BERDAFTAR |
253 | 162 | 24 | 67 |
KEPUTUSAN : PETISYEN DITERIMA OLEH PIHAK JPC TETAPI TIDAK DILULUSKAN. SEGALA CADANGAN AKAN DIPERHALUSI UNTUK SESI HADAPAN.
No comments:
Post a Comment